Monday 13 February 2012

Untuk kali terakhir :'/


30.01.2012 , Isnin

Pagi tu , cikta col . Dia cakap mak sakit balik . Ibu dengan ayah terus pergi hospital dalam pukul 6 pagi . Aku jaga adik-adik kat rumah , kiteorang tak sekolah . Dalam pukul 9 pagi , kiteorang siap-siap nak pergi rumah mak . Dah sampai sana , kiteorang sarapan pagi . Lepas tu , mak busu suruh kiteorang baca yasin sebab mak busu dapat panggilan yang mak tengah nazak . Bila aku tengah baca yasin , mak busu tetiba kemas rumah . Seriously masa tu aku dah cuak . Aku tak nak apa-apa terjadi kat mak . Dah habes baca yasin , ipan datang kat aku .

Ipan : Mak dah takde harapan ke kak farah ?
Aku : Mana kau tau nie ipan ?
Ipan : Mak busu yang bagitau ipan .
Aku : Entahlah ipan . Akak pun tak tau , hm . 

Aku hanya mampu berdoa semoga mak takde apa-apa . Tak lama lepas tu , makcik , pakcik ,dengan parents aku balik sambil nangis-nangis . Dalam pukul 11.30 pagi , ambulans datang bawak mak . Mak bergantung pada oksigen aje masa tu . Lepas tu , doktor cabut oksigen . Saat tu , aku hanya mampu menangis . Aku pergi ambil air sembahyang dan bacakan yasin untuk mak .

12.30 tengah hari .

Doktor datang rumah dan mengesahkan mak dah meninggal dunia . Innalillahwainalillahirajiun . Seriously , masa tu aku rasa sebak sangat . Aku menangis semahu-mahunya :'/ Allah aje yang tau macam mana perasaan aku masa tu . Ya Allah , mak ...

Sebelum asar .

Atok aku , Abah panggil semua cucu-cucu dia , anak-anak dia dan menantu-menantu dia berkumpul dekat jenazah mak . Aku tengok muka mak , tenang aje . Lepas tu , aku cium mak . Cium puas-puas . Lepas nie , Farah dah tak boleh cium mak lagi . Hm :( 

Semalam , genap 2 minggu mak tinggalkan kiteorang . Kiteorang rindu sangat dengan asam pedas dan sambal ikan bilis mak . Masakan mak memang superb . Kiteorang semua suka :'( Mak , lepas nie kiteorang dah tak boleh sakat mak , dengar mak marah kiteorang , ketawa-ketawa dengan kiteorang . Farah ingat lagi , mak melatah bila owang baling anak patung monyet kat mak . Lucu giler . But , it just a memory and I will miss that moment :/  Mak , Farah rindu mak . Rindu sangat-sangat . Kiteorang semua akan mendoakan mak . Al-Fatihah buat mak . 

ps/ Mak adalah nenek yang terbaik untuk kiteorang . Takde sape yang boleh gantikan mak dalam hidup kiteorang .